MEMBURU KEJAYAAN - Tidak Seperti Menjamu Selera di Kedai Makan

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Thursday, August 19, 2010 0 comments

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?
Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru. Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai target kita. Apabila kita sudah mencapai keinginan kita, kita berjaya kerana kita mampu mencapai target kita.
Tak silap saya, seorang ahli falsafah Cina pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri". Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.
Sayangi diri. Dan buatlah sesuatu demi kebaikannya. Yang memberi manfaat buatnya. Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu. Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?".
Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!".
Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?".
"Belajar sungguh-sungguh!".
"Jaga hati!".
"Pakai topi keledar!''.
Maka kata si guru, "Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna.. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima,".
Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan. Kenapa? Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar, dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!". Maka orang di sekelilingnya hairan. Sepatutnya lelaki itu marah, kan? "Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?".
"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!".
"Bagus!"Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan. "Kenapa bagus?".
"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Di kafeteria ada makanan yang enak serta kopi panas yang pastinya menyelesakan. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu,".
Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!".
Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata, dan pastinya keputusan. Ini memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!!
Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi;Menuju Kejayaan. "Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah,".
Dan kejayaan itu - tidak seperti menjamu selera di kedai makan~  


AHLAN WASAHLAN

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Tuesday, June 22, 2010 0 comments


'Seminar Hak Cipta ' UTHM

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Thursday, April 22, 2010 0 comments


SEMINAR HAK CIPTA SEMPENA HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA 2010 ANJURAN PEJABAT PENERBIT
Tarikh : 23 April 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail
Penceramah : 
  • Prof Madya Dr. Nazura bt Abdul Manap (Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • Puan Nisah bt Harun (penulis sepenuh masa)
Aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti pameran dan jualan buku ilmiah, buku popular, bahan bacaan kanak-kanak dan sebagainya.
* Semua warga UTHM dijemput hadir. Cenderahati akan diberikan seperti button badge logo Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010.


Sekadar Renungan Buat Teman...

Posted by LBAK_KI On Tuesday, April 8, 2008 0 comments

Renungkanlah...
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn
org yg salah sebelum menemui insan yang betul
supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang
betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik
pemberian tersebut...

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup,
yang lain akan terbuka tetapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tetutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telahpun dibukakan untuk kita...

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang
anda boleh duduk di dalam buaian dab berbuai
bersama tanpa berkata apa-apapun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat pernah dialami...
Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yg
telah kita miliki sehinggalah kita kehilangannya
dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yg kita
rindukan sehinggalah 'ia' datang...

Memberi seseorg seluruh CINTA anda bukanlah
satu kepastian yg mereka akan menyintai anda
kembali! Jangan harapkan CINTA sebagai balasan.
Nantikan saja ia utk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya tidak,pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda...

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh
cinta pd seseorg, satu jam untuk menyukai
seseorg, satu hari utk menyintai seseorg, tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup utk melupakan
seseorg...

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh
jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana
anya akan susut. Carilah seseorg yg membuatkan
anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman utk mencerahkan hari yg
suram.Carilah yg membuatkan hati anda
tersenyum...


Selamat Tinggal 07/08

Posted by LBAK_KI On 0 comments

masa terus berlalu pergi...namun, bagi kita yang bergelar INSAN...formula 3B haruslah diguna pakai dalam kehidupan seharian...diaplikasikan secara istiqomah...iaitu.. Berilmu, Beramal, dan Beriman...teruskan perjuangan...tingkatkan usaha dan amal soleh...sentiasa berbaik sangka pada ALLAH... berkasihlah sesama insan...

sesungguhnya...ALLAH telah bersumpah dengan masa....
surah al'ashr(masa)....."demi masa...sesungguhnya manusia itu dalam kerugian....kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran..."

wahai insan...gunalah masa yang dikurniakan dengan seamanah yang mungkin...gunakan untuk yang hak...bukan untuk kebatilan...isikan setiap masa yang ada dengan mengerjakan amal soleh...dalam masa yang sama...cegahlah kemungkaran....

wallahualam....
~tintaku~


Kaedah Belajar Berkesan

Posted by LBAK_KI On Thursday, February 28, 2008 0 comments

1. Semasa kuliah, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran pensyarah.

2. Sentiasa bersoal-jawab dengan pensyarah dalam hal-hal pelajaran.

3. Membaca setiap nota yang diberikan oleh pensyarah (jika ada).

4. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh pensyarah serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan.

5. Memahami apa yang dibaca.

6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.

7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran.

8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.

9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.

10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet.

11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.

12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.

13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.

14. Mendapatkan nasihat pensyarah dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.- Charles Cahier


Lajnah Bimbingan Akademik dan Kaunseling

Posted by KELAB IQRA' UTHM On Tuesday, February 12, 2008 0 comments